Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!
Buku ini adalah satu-satunya panduan yang anda perlukan untuk membantu anda mengenalpasti dan menggunakan segala tawaran yang disediakan oleh LHDN untuk mengurangkan jumlah cukai melalui pelepasan, pengecualian, insentif dan galakan cukai.
Di penghujung harinya, anda tidak akan percaya berapa banyak jumlah cukai yang dapat dikurangkan dan LHDN sebenarnya menyediakan pelbagai fasiliti untuk yang anda boleh gunakan tanpa was-was. Buku ini membantu anda:
Anda mungkin berkata, membayar cukai hanya menguntungkan kerajaan. Ya, betul anggapan anda. Pada masa yang sama, membayar cukai juga menguntungkan anda. Menguntungkan dari segi profil kewangan yang lebih bernilai, menguntungkan dari segi pembiayaan yang mudah diperolehi dengan adanya pengisytiharaan pendapatan dan laporan cukai dan menguntungkan dari segi pemilikan aset peribadi seperti hartanah.
Cukai adalah satu tanggungjawab yang sememangnya anda tidak dapat lagi lari dari melaksanakannya. Ia bukan satu pilihan tetapi kewajipan kepada mereka yang layak dikenakan cukai. Oleh sebab itu, pilihan yang terbaik adalah dengan mempelajari dan memahami perancangan cukai agar tidak lagi prejudis dan skeptikal apabila menyentuh soal cukai. Jom jadi bijak!