Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!
Dan sekarang, terkumpullah ingatanku ke tanah yang akan kusinggahi. Tanah Iraq dan ibu kotanya Baghdad. Maka terkenanglah saya akan riwayat-riwayat yang telah lama dibaca dalam buku. Baik buku-buku waktu masa kemegahan Islam, atau buku-buku hikayat 1001 Malam yang terkenal dan masyhur itu. Teringatlah bahwasanya sejak zaman purbakala, tanah Iraq, iaitu hujung sebelah utara dari Jazirah Arab, di tepi sungai-sungai Dajlah dan Furat, adalah negeri yang telah melalui riwayat beribu-ribu tahun.