Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601170723225

Pahlawan Cahaya (BL37,L37)

HARGA: RM28.00 - RM25.20

Berat | 0.165kg
  • Kuantiti: 92
  • Produk SKU: 9789671897621
Qty
Penghantaran

Tajuk: Pahlawan Cahaya
ISBN: 9789671897621
Penerbit: Biblio Press
Editor: Hasri Hasan
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 153
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback
Berat (kg): 0.165
Dimensi (cm): 20 cm x 13 cm x 1.2 cm

 


"Pahlawan Cahaya tahu bahawa dia bebas untuk memilih apa yang diingininya, dan dia membuat keputusan-keputusan ini dengan penuh keberanian, kebebasan dan kadangkala dengan sesuatu di luar daripada kebiasaan."


Pahlawan Cahaya ialah manual inspirasi yang sesuai digandingkan dengan The Alchemist (Ahli Alkimia), sebuah judul terlaris antarabangsa yang telah mempesonakan jutaan pembaca di seluruh dunia. Setiap perenggan pendek di setiap halaman dalam buku ini memberi kita panduan untuk mengejar mimpi dan tabah menghadapi dunia yang tidak menentu serta berusaha untuk mencapai apa yang telah ditakdirkan buat kita.

Dengan gaya penulisannya yang tersendiri, Paulo Coelho telah menunjukkan kepada kita jalan untuk mengikuti kehidupan sebagai seorang Pahlawan Cahaya: Seorang pahlawan yang bersyukur akan kehidupan, seseorang yang redha menerima kegagalan dan seorang yang sedang mencari-cari siapakah dirinya yang sebenar.

Paulo Coelho ialah seorang pencerita yang amat dikagumi pada masa kini. Manual ini sesuai dibaca bersama-sama novelnya yang popular itu, dipersembahkan dengan koleksi kisah-kisah berfalsafah yang memberi panduan dan inspirasi berguna kepada mereka yang inginkan panduan ini.