Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601170723225

Pasungan (Q2)

HARGA: RM22.00 - RM19.80

Berat | 0.260kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 9789834901677
Qty
Penghantaran


Format: Paperback
Saiz:
4.5 " x 7
ISBN:
9789834901677
Jumlah Muka Surat: 231
Berat (Kg): 0.26
“ Aku tidak tahu apa yang perlu kulakukan lagi, berkenaan apa yang telah kami hadapi. Aku elah dipasung merico begitu juga dengan Nasuhah. Itu kata Pak Long padaku. Aku tahu,, sesiapa sehaja yang dipasung atau dirasuk merico, pasti tidak tenang hati dan perasaanya. Begitu juga denganku, setiap detik ada sahaja kelibat perempuan bertudung keringkam hitam itu mengekoriku. Dia seperti tidak mahu melepaskanku, daripada pasungan dan rasukannya..”
 
Pasungan berkisar tentang kepercayaan dan amalan menghalau hantu jembalang (merico) yang diamalkan di Sarawak. Das, graduan lepasan universiti luar negara, memandang rendah akan amalan khurafat ini walaupun dia sendiri sebenarnya memiliki kekuatan batin dan bakal mewarisi ilmu perubatan ghaib daripada bapa saudaranya. Setelah mengalami pelbagai kejadian aneh dan memasuki alam ghaib, Das telah didatangi oleh Sunti, makhluk halus yang jatuh cinta kepadanya. Das menolak cinta Sunti demi kasihnya pada Nasuhah dan ini menyebabkan Sunti mendendaminya. Das dan Nasuhah terpasung oleh merico yang didalangi oleh Sunti. Dapatkah mereka dilepaskan daripada rasukan Sunti?