Pilih, bayar dan tunggu buku sampai ke rumah anda!

+601170723225

Terjemahan Hikam Jawi (Q5)

HARGA: RM38.00 - RM34.20

Berat | 0.800kg
  • Kuantiti: 0
  • Produk SKU: 9789673683123
Qty
Penghantaran

Tajuk: Terjemahan Hikam Jawi

ISBN: 9789673683123

Penerbit: Al-Hidayah Publication

Penulis: Syeikh Abdul Malik bin Abdullah

Tahun Terbitan: 2021

Muka Surat: 468

Halaman: Hitam Putih

Format: Softcover

Berat (kg): 0.80 kg

Dimensi (cm): 25.4 cm x 17.9 cm x 2.4 cm 

 


SINOPSIS

 

Al-Hikam merupakan sebuah karya ulama terkenal iaitu Syeikh Ibnu ‘Athoillah rahimahullah. Kitab ini membicarakan berkenaan Ilmu Tasawuf yang menerangkan hikmah-hikmah bagi menyucikan diri dan hati daripada sifat-sifat mazmumah dan menerapkan kebergantungan hanya kepada Allah Ta’ala semata-mata.

Terjemahan Al-Hikam Jawi merupakan transliterasi daripada tulisan jawi kepada tulisan rumi tanpa sebarang pindaan terhadap struktur ayat dan gaya bahasa bagi mengekalkan maksud asal penulis dan bagi memudahkan para penuntut ilmu mengikuti pengajian. Kitab asal ialah dalam tulisan jawi berjudul Hikam Jawi merupakan syarah bagi kitab Al-Hikam Ibnu ‘Athoillah yang disyarahkan oleh ulama tersohor Tanah Melayu iaitu Tokku Pulau Manis atau nama sebenarnya Syeikh Abdul Malik bin Abdullah.

Semoga dengan kehadiran buku ini dalam tulisan rumi akan lebih memudahkan para pembaca dan penuntut ilmu mencedok dan menggali permata-permata yang bernilai daripada kalam hikmah dua ulama besar ini, sekaligus mendatangkan manfaat yang besar dalam melahirkan masyarakat yang penuh hikmah dan berserah diri semata-mata kepada Allah Rabbul Jalil.